Pages

Sunday, 23 June 2013

Teknologi dan Pekerjaan...By Norulhusna Ibrahim.


Teknologi dan Pekerjaan

Peranan teknologi dalam pekerjaan dan kesannya ke atas generasi akan datang


Teknologi memainkan peranan penting dalam pekerjaan dan memberi kesan ke atas generasi akan datang. Malah, menunjukkan penggunaan teknologi dalam pekerjaan sangat menitikberatkan inovasi dalam membawa arus pemodenan dalam pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun. Oleh hal yang demikian, menurut Castells tiada struktur hubungan yang sistematik di antara penggunaan teknologi maklumat dengan evolusi pekerjaan dalam ekonomi secara keseluruhannya. Dalam pada itu, untuk sesetengah pekerjaan yang dianggap semakin tidak penting walaupun terdapat pekerjaan baru yang kian meningkat. Namun demikian, kuantiti hubungan di antara kerugian dan keuntungan tersebut adalah berbeza di antara firma, industri, sektor, wilayah dan negara. Hal ini, ianya bergantung kepada keupayaan daya saing, strategi firma, dasar kerajaan, persekitaran institusi dan kedudukan relatif dalam ekonomi global. Bagi menstukturkan semula kepercayaan dalam membuat keputusan yang lebih efektif dimana setiap pengguna perlu mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi dalam pekerjaan. Bidang teknologi memberi peluang yang cerah dalam menimba pelbagai pengetahuan yang lebih berguna pada masa hadapan dimana generasi akan datang lebih berinformasi serta mengekalkan tahap hubungan yang lebih baik di antara semua pihak yang berkaitan dengannya.

Dalam pada itu, menurut Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), pada awal abad ke-21 telah dijangkakan akan terdapat peningkatan pekerjaan bagi negara-negara tersebut di negara Amerika Syarikat dimana pada tahun 1992-2005, akan mengalami peningkatan pekerjaan bersih 24 juta (peningkatan 19% sepanjang tempoh), Jepun, 4 juta(peningkatan 6%), dan Kesatuan Eropah lebih kurang 10 juta(peningkatan 6-7%). Namun unjuran ini, adalah amat sensitif kepada kepelbagaian dalam andaian yang digunakan. Hal ini, evolusi tahap pekerjaan tidak diberikan kerana ianya amat bergantung kepada tahap penggunaan teknologi tersebut oleh masyarakat, atas dasar penghijrahan, evolusi keluarga, pengagihan tempoh pekerjaan dalam hidup dan sistem baru dalam perhubungan industri. Justeru itu, teknologi maklumat tidak akan menyebabkan pengangguran walapun ia secara nyatanya mengurangkan tempoh kerja per unit pengeluaran.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa ianya akan membawa kepada pengasingan jenis pekerjaan yang lebih nyata terutamanya pekerjaan yang berkaitan dengan maklumat dan pekerjaan yang tidak nyata. Oleh itu, perlu menyimbangi penggunaan pekerjaan dalam membentuk setiap urusan dalam pekerjaan lebih bermutu serta berkualiti mengikut jenis pekerjaan tersebut. Malah, sentiasa mengaptasikan pembaharuan teknologi dalam bidang pekerjaan. Disamping itu juga, dapat



mengurangkan pengangguran di kalangan siswazah dan memberi peluang yang cerah dalam membuka setiap peluang kepada golongan ini supaya lebih berminat untuk menceburi bidang teknologi. Pendekatan ini lebih efektif untuk menjayakan seruan dimana untuk menggalakkan semua pihak yang terlibat supaya memasuki bidang teknologi dalam pekerjaan. Menurut DATUK DR. MAXIMUS J. ONGKILI, kehadiran teknologi dalam pekerjaan khususnya dalam tempat-tempat yang kurang maju seperti negeri Sabah, untuk membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negeri Sabah, menggalakkan pembangunan wilayah yang seimbang, mengurangkan jurang perbezaan pembangunan bandar dan luar bandar serta memastikan pengurusan hasil kekayaan negeri yang lebih bijak dan sistematik.

Penggunaan teknologi dalam pekerjaan juga, menjuruskan urusan-urusan pengeluaran dan pemasaran secara elektronik dengan penjimatan-penjimatan kos melalui Pesanan-Pesanan Elektronik dalam E-dagang dan Pengeluaran Just-in-Time. Manakala, dalam proses globalisasi telah menukar kepada pendekatan-pendekatan pengeluaran, serta penggabungan-penggabungan di antara syarikat dan industri. Antaranya, adalah seperti di dalam industri otomotif dunia, dan membuat peenukaran dalam konsep pengeluaran. Kini, syarikat-syarikat melihat dunia sebagai lokasi pengeluaran, dengan membuat pemilihan satu tapak yang bersesuaian dengan tahap serta bentuk daya saing dan kosnya. Oleh itu, Malaysia dipilih sebagai tapak Operasi Perkilangan yang berasaskan sumber dan nilai tambah yang tinggi. Sebagai contohnya, di negeri China menjadi lokasi pilihan untuk pengeluaran intensif buruh. Hal ini kerana, di China sangat sesuai untuk menempatkan sebuah lokasi yang strategik untuk intensif buruh.

Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain itu, ianya menjadi komponen yang penting dalam perniagaan dimana setiap perhubungan adalah harmoni di antara teknologi dan perniagaan yang harus diwujudkan. Malah, jika penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di peringkat tempatan mahupun peringkat global. Dalam mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai penggunaan teknologi dalam perniagaan perlu bijak untuk mendapatkan sebarang maklumat penting tentang pekerjaan tersebut. Tambahan pula, teknologi kini terdapat banyak informasi yang membolehkan pengguna untuk berusaha dengan merebut peluang yang ada. Hal ini, membawa kepada adaptasi pembaharuan yang lebih berkesan dan memberi cenderung dalam mendapatkan impak yang positif dimana sesebuah perniagaan atau pekerjaan sangat mementingkan perubahan secara cepat dan pantas.

Manakala, bagi pandangan Dr. Martin Berlin iaitu Pengurus Pengambilan, McKinsey & Company (Malaysia), bahawa teknologi yang diterapkan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti telekomunikasi, peruncitan, broker saham, kewangan dan sebagainya adalah untuk tujuan kebaikan. Malah, bidang teknologi akan terus menjadi sebahagian atau komponen dalam pelbagai jenis perniagaan mahupun pekerjaan. Terdapat banyak pembangunan teknologi sejak kebelakangan ini dimana ianya dibiayai oleh pemodal teroka. Sumbangan ini, dapat menarik lebih ramai peneroka untuk menceburi dalam bidang teknologi dalam pekerjaan. Penglibatan yang lebih banyak dalam bidang ini akan membantu dalam generasi akan datang mengenai keberkesanan dalam pemulihan teknologi dari semasa ke semasa. Teknologi ini sangat memainkan peranan dalam membentuk haluan yang berstruktur untuk menjadikan lebih kreatif untuk generasi pada masa hadapan. Generasi akan datang akan membentuk satu lagi inovasi yang lebih baik bagi memperluaskan usul yang telah dibawa oleh kini hingga seterusnya. Walaubagaimanapun, terdapat kesan positif mahupun sebaliknya dalam mencapai tahap yang lebih efisyen dalam kerjaya berdasarkan teknologi dalam pekerjaan. Pencapaiannya, perlu fokus seiring dengan pemodenan yang global serta setaraf di semua peringkat untuk menjayakan program ini supaya mendapat kesan yang seimbang di antara satu sama lain.

Justeru itu, realiti kejayaan sesebuah perniagaan tidak tertakluk kepada teknologi semata-mata. Hal ini, dapat dilihat dimana usaha seseorang itu penting dalam mencapai sasaran yang tersendiri dan mencapai objektif berdasarkan motif yang utama. Bagi pandangan Ramesh, dimana syarikat perlu mengetahui asas perniagaan yang baik untuk mengenalpasti ekonomi baru kerana model perniagaan yang baik adalah dari segi kewangan untuk mendapat keuntungan. Dalam pada itu, teknologi pada asasnya hanya membantu pengusaha untuk mengenalpasti model dimana kenyataan bahawa perniagaan perlu asas dan model yang baik. Sebagai contohnya, model terbaru seperti 'brick and click' sekali pun perlu asas perniagaan yang baik untuk dijalankan. Jika tiada model perniagaan yang baik untuk digabungkan dengan inovasi dan teknologi pintar, maka perniagaan itu tidak akan berjaya. Selain itu, kehadiran teknologi dalam pekerjaan akan meminggirkan beberapa pekerjaan yang menggunakan modal insan. Malah, pekerjaan-pekerjaan tersebut akan digantikan dengan penggunaan mesin atau jentera yang berinovasikan teknologi canggih. Oleh itu, teknologi dalam pekerjaaan memainkan peranan penting dan memberi kesan ke atas generasi pada masa hadapan dimana penggunaan teknologi akan memberi impak yang positif mahuapun negatif kepada penggunaan sekiranya tidak menilai dengan baik. Malah, perlu mengimbangi secara keseluruhan tentang komponen dalam setiap sudut mengenai kemampuan teknologi dalam pekerjaan.


.By Norulhusna Ibrahim.