SLOW MO GUYS VIDEO- & TEKNIK-TEKNIK
PERGERAKAN KAMERA VIDEO
Bersama saya : Norasyikin Binti Omar (HB120047)
Terdapat pelbagai jenis pergerakan kamera video dalam menghasilkan video yang menarik, terbaik serta mempunyai nilai sentimental yang tersendiri. Pelbagai kamera video yang boleh digunakan dalam dunia teknologi yang serba canggih ini. Antara kamera video yang menjadi pilihan ramai selain kamera DSLR dari Canon dan Nikon adalah Kamera Video Sony NEX-C3.

Pergerakan Panning
-pergerakan kamera video secara horizontal (mendatar) dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Terdapat 2 jenis panning iaitu pan right dan pan left.
-pan right ~pergerakkan kamera ke arah kanan
- pan left~pergerakkan kamera ke arah kiri
-sebelum melakukan teknik ini, kita perlu mencari point permulaan dan point akhir imej yang ingin dirakam.
-teknik panning digunakan supaya kesan gerak pada objek tidak hilang.
-contoh objek yang dirakam ( pergerakan kereta lumba)
Pergerakan Tilting
-Tilting ~pergerakkan kamera secara vertical yang licin dan berterusan.
-kamera yang digunakan dalam pergerakan teknik ini haruslah berada dalam keadaan tetap yang sama ada di atas tripod atau dipegang dengan tangan (handheld)
-2 jenis Tilting iaitu :
a) tilt up-gerakan kamera ke atas
b) tilt down-gerakan kamera ke bawah
-teknik ini digunakan untuk mengambarkan subjek yang tinggi seperti tilting dari puncak bangunan ke bawah atau dari bawah ke atas, menunjukkan ketinggian bangunan, pokok, cerun atau untuk membandingkan beza dua objek yang berlainan saiz.
Rajah 1 : Contoh pergerakan Tilting
-pergerakan kamera ke hadapan mendekati sasaran subjek atau ke belakang menjauhi dari sasaran subjek.
-penggambaran seperti ini biasanya dilakukan di dalam studio.
-Alat yang digunakan dalam penggambaran ini biasanya jenis troli yang berodakan getah. Tujuan untuk memudahkan troli itu digerakkan oleh seorang pembantu semasa dalam penggambaran.
-Ada 2 jenis iaitu :
- Dolly in-pergerakan kamera samada di atas stand dengan menggunakan dolly dimana kaki beroda atau mobile (tanpa stand) dirakam bergerak mengundur ke belakang.
- Dolly out- pergerakan kamera samada di atas stand dengan menggunakan dolly ( kaki beroda atau mobile (tanpa stand) dirakam bergerak menuju ke arah subjek atau objek.
- Tidak menggunakan teknik zoom in dan zoom out.
-Pergerakan Dolly memerlukan anda menolak (dolly in) dan mengundur (dolly out) kamera yang dipasang di atas tripod beroda.
Tentang Slow Mo Guys Video
posted by : Norasyikin Binti Omar (HB120047)
Rajah 2 : Contoh pergerakan Dolly in dan Dolly out
Pergerakan Tracking/ Trucking
-pergerakan kamera mengikut pergerakan subjek yang hendak dirakam
-digunakan untuk penggambaran di dalam /di luar studio
-contoh merakam seseorang yang sedang memandu kereta dan menunggang kuda
-teknik penggambaran paling sukar kerana kamera dipegang tanpa tripod.
-jurukamera profesional akan menggunakan landasan /reel (tak bergegar)
Zoom
-dalam penggunaan teknik zoom ini
-teknik penggunaan zoom in -subjek kelihatan semakin besar(dekat)
-teknik penggunaan zoom out -subjek kelihatan semakin kecil ( jauh)
Tentang Slow Mo Guys Video
Slow Mo Guys Video adalah sejenis saluran video khas yang dibangunkan oleh 2 sahabat iaitu Gavin dan Dan Gruchy melalui saluran Youtube. Video-video mereka memaparkan teknik pergerakan video secara gerakan yang cukup perlahan dan video mereka terkenal dalam kalangan jurukamera-jurukamera dunia sebagai rujukan dalam membangunkan video. Peralatan kamera video yang digunakan mereka sangat mahal dan mampu merakamkan pelbagai pergerakan yang pelbagai jenis dengan sangat teliti dan menakjubkan. Kamera mereka mampu dimainkan dalam Full HD (1920 X 1080p) video.
posted by : Norasyikin Binti Omar (HB120047)
No comments:
Post a Comment