Pages

Thursday 30 May 2013

3D HOLOGRAM : TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN MASA HADAPAN


HOLOGRAM DALAM PENDIDIKAN??


Dewasa ini perkembangan teknologi begitu cepat. Setiap jam muncul aplikasi baru untuk komputer. Menurut Gatot Hari Priowirjanto, Pengarah Persatuan Menteri Pendidikan Asia Tenggara, untuk ilmu baru yang sebatas pengetahuan boleh dikompilasi dalam waktu 10 menit, sejam atau maksimum sehari. "Kita dapat menyebarkan ilmu baru tersebut dengan cepat dan tiada masalah," katanya.

      Bahkan, saat ini telah berkembang sistem pembelajaran jarak jauh berbentuk hologram tiga dimensi untuk mempercepat pembelajaran. "Kita akan dapat melihat pensyarah, padahal mahasiswa sedang berada di rumah masing-masing", katanya.

"Dengan teknologi hologram kita bisa melihat secara jelas guru atau pensyarah di depan meja komputer. Hal itu disebabkan suara maupun gambar tiga dimensinya amat jelas".

     Pembelajaran dengan memanfaatkan hologram tiga dimensi dapat menggantikan objek/peralatan real dalam praktikum di sekolah. Dan bukan tidak mungkin juga peran guru akan tergantikan dengan teknologi hologram ini.

Fungsi 3D Hologram

       3D Hologram mampu digunakan untuk mengirim atau menghadirkan suatu benda atau pun manusia tanpa harus didatangkan secara langsung. Benda atau manusia yang dihadirkan pun dalam bentuk 3D, sehingga terlihat nyata. Prinsipnya adalah dengan merekam apa yang ingin kita sampaikan, lalu diolah dengan menggunakan teknologi hologram ini. Setelah pengolahan data terjadi, benda atau apapun yang kita rekam itu mampu kita hadirkan tanpa harus dihadiri langsung oleh benda atau manusia yang bersangkutan.

Kelebihan 3D Hologram

Teknologi 3D Hologram ini sangat membantu berbagai keperluan manusia di zaman sekarang. Kesibukan dan mobiliti yang tinggi dapat diatasi dengan teknologi komunikasi ini.
3D Hologram ini lebih kurang sama dengan 3G dan webcam, tetapi ia mempunyai kelebihan yang luarbiasa iaitu dapat mengzahirkan gambar/objek dalam bentuk 3D. Dan sistem hologram ini adalah dapat berfungsi sebagai salah satu alat komunikasi.
Teknologi ini juga bisa digunakan untuk mengubati rasa rindu kepada ahli keluargaatau sahabat handai yang jauh dimata. Dengan menggunakannya, anggota keluarga bisa hadir di tengah keluarga, mengubati rasa rindu, tidak perlu bersusah payah membazirkan tenaga dan waktu untuk bertemu.

Dalam dunia pendidikan hal ini dilihat sangat membantu. Jika zaman dahulu setiap pelajar dan pensyarah/guru  harus hadir dalam satu ruangan yang sama supaya dapat bertemu mata ke mata, tapi tidak perlu lagi dengan adanya teknologi ini. Proses pembelajaran dapat dilaksanakan walaupun tidak berada dalam satu bilik yag sama.


Contoh aplikasi Hologram 



______________________________________________
[by: NORUL HUSNA BT IBRAHIM  (HB120021)]

Wednesday 29 May 2013

TEKNOLOGI PENDIDIKAN: PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER



TEKNOLOGI PENDIDIKAN:
PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER

Pengenalan Pengajaran berasaskan Komputer

  • Pengajaran berasaskan komputer ialah pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer.
  • Siti Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran berasaskan Komputer sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek
  • Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan pengajaran berasaskan komputer dengan penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.

Apa itu komputer?
      Komputer merupakan satu alat yang dapat menjanakan pengkomputeran dan membuat keputusan logik dalam masa yang lebih singkat dari seorang manusia.
      Komputer memproses data di bawah kawalan aturcara/program komputer.
      Sebuah komputer merangkumi pelbagai alat yang dikenali sebagai perkakasan komputer (hardware)
      Aturcara komputer yang berjalan di dalam  komputer dikenali sebagai perisian komputer (software)
Perkakasan dan perisian computer
      Perkakasan
     Komponen fizikal
      Monitor
      Papan kekunci
      Cip ingatan (memory)
      Cakera keras
·         Perisian
     Satu set arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan sesuatu tugasan.

4 kumpulan perkakasan


Software / Perisian
      Perisian adalah aturcara komputer yang mentadbir operasi sesuatu komputer.
      Perisian adalah arahan-arahan lengkap dalam bentuk aturcara dan prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.
      Jenis-jenis perisian :
     Perisian sistem
     Perisian aplikasi
Perisian system
      Himpunan aturcara yang direka bentuk untuk  mengkoordianasikan aktiviti dan fungsi-fungsi perkakasan dan aturcara menerusi sistem komputer.
      Perisian sistem mengandungi atucara-aturcara yang mengurus dan menyokong sistem komputer dan aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.
      Fungsi :
     Mengawal operasi perkakasan komputer.
     Menyokong aturcara aplikasi.
      Contoh perisian sistem :
     Windows
     Unix
     Linux
     Mac OS X


Perisian aplikasi
      Merupakan program komputer yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna. Terdapat juga perisian aplikasi yang dibuat khas untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
      Pemilihan perisian aplikasi bergantung kepada keperluan dan fungsi yang ingin dilaksanakan.

JENIS-JENIS PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER
1)      Computer Assisted Instruction (CAI)
      Model Pengajaran dengan Komputer (CAI)
      Medium pendidikan dimana isi-isi pengajaran atau aktiviti pengajaran disampaikan oleh komputer - Steinberg (1991)
      Melibatkan aktiviti yang terbahagi kepada empat kategori utama :
                                i.            Tutorial
                              ii.            Latih-tubi
                            iii.            Simulasi
                            iv.            Permainan pendidikan

Contoh-contoh Pendekatan Pengajaran berasaskan Komputer dalam Pendidikan
1)      Tutorial
§  Pada asasnya, komputer akan mengajar pengguna sesuatu konsep atau teori yang baru
§  Pengguna kemudian akan berinteraksi dengan komputer mengikut kadarkendiri pengguna. Setelah konsep-konsep tertentu dipersembahkan kepada penggunadan kefahaman pengguna diukur, komputer kemudian akan mengeluarkan arahan-arahan sama ada berbentuk pengulangan atau pengukuhan berdasarkan maklumbalas pengguna.
2)      Latih tubi
·         Penggunaan latihtubi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna.
·         Motivasi pengguna untuk menguasai sesuatu konsep juga dapat ditingkatkan melalui maklumbalas yang diberi oleh komputer.
·         Contoh pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan latihtubi ini ialah menyuruh pengguna berlatih menaip sehingga mahir setelah ia mempelajari tentang papankekunci.
Kelebihan Pengajaran berasaskan Komputer
  1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran
  2. Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran
  3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
  4. Melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk dibuat
  5. Membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum serta masa interaksi dapat dijimatkan.
  6. Menggunakan pelbagai media yang dapat merangsang deria-deria mereka;
  7. Mengulangi pembelajaran sekerap yang diperlukan;
  8. Mengawal perjalanan perisian kursus dan memilih bahagian-bahagian yang difikirkan perlu



Kelemahan Pengajaran berasaskan Komputer
      Kos tinggi
      Perlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian












[i] MOHD NUR HAFIZ BIN FAUZI (HB120019)

Monday 27 May 2013

VIDEO TEKNOLOGI GROUP KAMI
1.HAFIZ
2.HUSNA
3.NORASYIKIN
4.NORSEANTI