Pages

Wednesday 29 May 2013

TEKNOLOGI PENDIDIKAN: PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER



TEKNOLOGI PENDIDIKAN:
PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER

Pengenalan Pengajaran berasaskan Komputer

  • Pengajaran berasaskan komputer ialah pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer.
  • Siti Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran berasaskan Komputer sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek
  • Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan pengajaran berasaskan komputer dengan penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.

Apa itu komputer?
      Komputer merupakan satu alat yang dapat menjanakan pengkomputeran dan membuat keputusan logik dalam masa yang lebih singkat dari seorang manusia.
      Komputer memproses data di bawah kawalan aturcara/program komputer.
      Sebuah komputer merangkumi pelbagai alat yang dikenali sebagai perkakasan komputer (hardware)
      Aturcara komputer yang berjalan di dalam  komputer dikenali sebagai perisian komputer (software)
Perkakasan dan perisian computer
      Perkakasan
     Komponen fizikal
      Monitor
      Papan kekunci
      Cip ingatan (memory)
      Cakera keras
·         Perisian
     Satu set arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan sesuatu tugasan.

4 kumpulan perkakasan


Software / Perisian
      Perisian adalah aturcara komputer yang mentadbir operasi sesuatu komputer.
      Perisian adalah arahan-arahan lengkap dalam bentuk aturcara dan prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.
      Jenis-jenis perisian :
     Perisian sistem
     Perisian aplikasi
Perisian system
      Himpunan aturcara yang direka bentuk untuk  mengkoordianasikan aktiviti dan fungsi-fungsi perkakasan dan aturcara menerusi sistem komputer.
      Perisian sistem mengandungi atucara-aturcara yang mengurus dan menyokong sistem komputer dan aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.
      Fungsi :
     Mengawal operasi perkakasan komputer.
     Menyokong aturcara aplikasi.
      Contoh perisian sistem :
     Windows
     Unix
     Linux
     Mac OS X


Perisian aplikasi
      Merupakan program komputer yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna. Terdapat juga perisian aplikasi yang dibuat khas untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
      Pemilihan perisian aplikasi bergantung kepada keperluan dan fungsi yang ingin dilaksanakan.

JENIS-JENIS PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER
1)      Computer Assisted Instruction (CAI)
      Model Pengajaran dengan Komputer (CAI)
      Medium pendidikan dimana isi-isi pengajaran atau aktiviti pengajaran disampaikan oleh komputer - Steinberg (1991)
      Melibatkan aktiviti yang terbahagi kepada empat kategori utama :
                                i.            Tutorial
                              ii.            Latih-tubi
                            iii.            Simulasi
                            iv.            Permainan pendidikan

Contoh-contoh Pendekatan Pengajaran berasaskan Komputer dalam Pendidikan
1)      Tutorial
§  Pada asasnya, komputer akan mengajar pengguna sesuatu konsep atau teori yang baru
§  Pengguna kemudian akan berinteraksi dengan komputer mengikut kadarkendiri pengguna. Setelah konsep-konsep tertentu dipersembahkan kepada penggunadan kefahaman pengguna diukur, komputer kemudian akan mengeluarkan arahan-arahan sama ada berbentuk pengulangan atau pengukuhan berdasarkan maklumbalas pengguna.
2)      Latih tubi
·         Penggunaan latihtubi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna.
·         Motivasi pengguna untuk menguasai sesuatu konsep juga dapat ditingkatkan melalui maklumbalas yang diberi oleh komputer.
·         Contoh pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan latihtubi ini ialah menyuruh pengguna berlatih menaip sehingga mahir setelah ia mempelajari tentang papankekunci.
Kelebihan Pengajaran berasaskan Komputer
  1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran
  2. Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran
  3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
  4. Melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk dibuat
  5. Membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum serta masa interaksi dapat dijimatkan.
  6. Menggunakan pelbagai media yang dapat merangsang deria-deria mereka;
  7. Mengulangi pembelajaran sekerap yang diperlukan;
  8. Mengawal perjalanan perisian kursus dan memilih bahagian-bahagian yang difikirkan perlu



Kelemahan Pengajaran berasaskan Komputer
      Kos tinggi
      Perlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian












[i] MOHD NUR HAFIZ BIN FAUZI (HB120019)

No comments:

Post a Comment