Pages

Saturday 15 June 2013

Iphone 6 2014 -Transformasi Terkini = (PROJEKTOR + Keyboard ) Serta Revolusi PROJEKTOR Sebagai Alatan Pengajaran

~ Mari menyusuri teknologi pendidikan -PROJEKTOR
bersama saya..NORASYIKIN BINTI OMAR....HB120047.



Pengenalan.

Media unjuran merupakan format media yang perlu dibesarkan dan ditayangkan pada sesuatu skrin. Ini boleh dicapai dengan menggunakan filem transparen contohnya ( transparensi, slaid, sistem multimedia dan filem jalur iaitu filmstrips) dan ini semua sering digunakan dalam pendidikan. Jenis media unjuran berlainan memerlukan alat projektor yang berlainan.

Antara peralatan-peralatan elektrik bagi tayangan visual yang sering digunakan untuk tujuan pendidikan :
  • Projektor Lutsinar / Overhead Projektor
  • Projektor Slaid
  • Projektor Legap
  • Projektor LCD
Projektor Lutsinar /Overhead Projector (OHP) 

Projektor ini semakin popularsebagai bahan bantu mengajar sejak 1980 an. OHP adalah alat pandang dengar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. OHP digunakan untuk menayangkan bahan transperensi yang dapat membantu para guru dalam menyampaikan pengajaran secara berkesan.

OHP menggunakan sistem pembalikan cahaya daripada 1 sumber cahaya ( halogen  ) ke permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin. Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin.

OHP adalah projektor lutsinar yang mempunyai pentas permukaan kaca yang mudah digunakan. Keadaan ini membolehkan anda melukis, menulis keterangan tambahan atau mengubahsuai transperensi yang sedang ditayangkan.

Bahagian-bahagian OHP.
Teknik penggunaan OHP.
Tinggi meja OHP dari lantai = 75cm
Jarak dari skrin ke OHP = 2-3 meter
Luas Skrin Putih = 1.5m x 1.5m (untuk kelas 30 pelajar )
Tinggi skrin dari lantai = 1.5m




Projektor Slaid


Slaid satu siri filem yang diletakkan di dalam bingkai, dikenali slaid 2x2 ( inci) atau 50x 50 (mm). Sebelum menyediakan slaid dan beberapa alat-alat media lain beberapa perkara perlu dipertimbangkan iaitu :

  • Idea anda -contoh tujuan anda untuk mendorong, memberi pengajaran dan lain-lain lagi
  • objektif -Isi kandungan, pengolahan, gambaran cerita
  • Sediakan skrip adegan demi adegan
  • Pilih pembantu, menyediakan visual dan bahan audio.
Kebaikan-Kebaikan Slaid dalam P&P 
  • Tidak begitu mahal dan mudah digunakan
  • Mudah dikendalikan
  • Slaid adalah kecil dan mudah disimpan
  • Slaid dapat menunjukkan sesuatu sesuatu objek dengan tepat dan jelas
  • Dapat memberi peneguhan yang lebih lengkap
Slaid boleh dilihat secara unjuran dan biasa.


Jenis-jenis projektor slaid.

  • Jenis Projektor 
  • Jenis Separuh Automatik
  • Jenis Automatik Sepenuhnya

Projektor Legap

Projektor legap juga dikenali sebagai Episkop. Digunakan untuk mengunjurkan imej bahan-bahan 2D berbentuk legap. Melalui kaedah carta, gambar, gambarfoto atau bahan bercetak pada kertas atau kad boleh diunjurkan ke atas skrin. Bahan legap adalah bahan yang tidak ditembusi cahaya.

Kebaikan Projektor Legap:

  • Tidak melibatkan penerbitan bahan, memudahkan tayangan
  • Memudahkan kerja secara berkumpulan
  • Memudahkan penayangan 3D 
Kelemahan Projektor Legap

  • Bahagian-bahagian yang tidak gelap sepenuhnya tidak sesuai untuk tayangan legap
  • Berat, sukar dipindahkan
  • Lampu berkuasa tingginya menghasilkan haba yang panas-tidak selamat disentuh.

Projektor LCD.

LCD adalah singkatan bagi  Liquid Crystal Display . Digunakan untuk menayangkan video, imej, atau data komputer di atas skrin putih atau permukaan yang rata. Ia dicipta oleh Dolgoff dari New York pada tahun 1968. Peralatan-peralatan penting yang perlu disediakan untuk penggunaan LCD ialah wayar VGA, kunci, wayar sound dan remote control.



Revolusi Teknologi Projektor yang diwar war kan di laman maya, aplikasinya dalam Iphone 6 yang akan dikeluarkan pada 2014

Iphone 6- Projektor Keyboard.


                        
     Rajah : Gambaran Iphone 6 yang akan keluar di pasaran 2014 




~ Iphone 6 yang diwar war kan oleh media yang akan dikeluarkan oleh Company Apple akan mempunyai papan kekunci projektor untuk memudahkan kita untuk menaip. Pencipta Video Sonitdac memaparkan Iphone 6 dengan papan kekunci Mac dan desktop yang boleh diunjurkan. Kedua-duanya boleh diunjurkan pada arah yang bertentangan dengan telefon. Papan kekunci dan ciri-ciri desktop ini akan boleh diakses apabila diletakkan di atas permukaan yang rata. Untuk mewujudkan gambaran yang lebih jelas melalui video yang akan dipaparkan, atas dan bawah Iphone 6 akan kelihatan menyentap turun untuk mewujudkan peranti yang boleh berdiri. Dengan cara ini, ia kelihatan seperti barangan komputer MAC yang paling kecil yang fungsinya juga sebagai projektor.

                                     
                                          
   Rajah : Barangan komputer MAC..projektor kecil





Video Iphone 6 Concept


Iphone 6 2014- konsep gabungan Display Projector & Keyboard Projector
(boleh digunakan ketika sesi pembentangan malah boleh digunakan dalam sistem pendidikan oleh pensyarah dalam sesi pengajaran)

Posted by : Norasyikin Binti Omar (HB120047)



No comments:

Post a Comment