Pages

Wednesday 12 June 2013

PENGGUNAAN ALAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN



PENGGUNAAN ALAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN
 DALAM  PENGAJARAN DAN  PEMBELAJARAN
Coretan:mohd nur hafiz b fauzi(hb120019)

Artikel ini merupakan satu kajian yang telah dilakukan oleh Bhasah AbuBakar, Abd. Rahman Daud & Fairuz Abdul Haleem Shah dari UniversitiPendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak (UPSI). Tujuan kajian inidijalankan adalah untuk mengenal pasti takat penggunaan Alat TeknologiPendidikan Matematik (ATPM) di sekolah-sekolah. Kajian ini meliputi sekolahyang pelbagai aliran seperti Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah RendahKebangsaan (SRK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah JenisKebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Menengah (SM).Kajian ini dilakukan berdasarkan daripada beberapa masalah yang telahdigariskan iaitu kekurangan kemudahan IT yang disediakan di sekolah, sikapguru terhadap penggunaan ATPM, kursus atau latihan guru terhadappenggunaan ATPM dan pengurusan sekolah ke atas pengurusan bilik sumber.Menurut Muhammad Khairuddin Lim, Ibrahim bin Tamby Chek (2006),mendapati bahawa guru yang mampu mengawal bilik darjah dengan cara yangtersendiri mampu mempengaruhi penguasaan pelajar terhadap mata pelajaranyang di ajar. Kekangan-kekangan ini mungkin mempengaruhi pengajaran danpembelajaran di dalam kelas.

Pembelajaran yang berkesan juga dianggapsebagai pembelajaran yang menyeronokkan (Dick & Reiser, 1989).Kemahiran guru dalam menggunakan ATP juga memainkan peranan yangpenting dalam pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak akan berkesan jikakemahiran ini tiada seperti yang didapati oleh Blondin (1966) bahawa salah satufaktor penghalang penggunaan ATP ialah kekurangan kemahiran di kalangan guru-guru. Pentadbiran sekolah juga merupakan halangan terhadap penggunaanATP di sekolah.Terdapat beberapa persoalan tentang penggunaan ATPM di sekolahantaranya termasuklah menentukan tahap penggunaan ATPM berdasarkanaliran sekolah, mengenalpasti penggunaan ATPM dalam kalangan guru wanitadan lelaki, menentukan takat kecukupan ATPM di pusat sumber, menentukantakat penggunaan ATPM oleh guru-guru matematik, mengkaji penggunaanATPM oleh guru-guru berdasarkan peringkat umur, dan menentukan sumber guru mendapatkan kemahiran menggunakan ATPM.Antara faktor yang telah dikenal pasti dalam kajian literatur sebagai faktor yang memainkan peranan dalam penggunaan ATPM di sekolah iaitu sikap guruterhadap penggunaan ATPM, kemahiran guru terhadap penggunaan ATPM,kursus dan latihan guru ke atas penggunaan ATPM, dan pengurusan sekolahterhadap penggunaan ATPM.Kajian ini dijalankan secara tinjauan menggunakan kaedah pensampelantinjauan dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Datayang dipungut telah dianalisis menggunakan pakej SPSS Windows Versi 11.Statistik deskriptif dan inferential telah digunakan untuk menganalisis semuadata kajian termasuklah kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, chi-gandadua, anova dan ujian-t. Dalam artikel ini, ia menggunakan sebanyak 314 buahsekolah yang terdiri daripada guru-guru dari sekolah rendah dan menengahsebagai sampel kajian.Berdasarkan dapatan kajian yang telah dilakukan, didapati bahawaperalatan moden seperti televisyen, video dan komputer kurang digunakanberbanding kaedah konvensional iaitu menggunakan Carta Matematik, Model,poster matematik dan peralatan matematik.

            

Dalam kaedah pengajarankonvensional, pengajar memberi penerangan dan menyebarkan ilmu berpusat di  dalam kelas dan bergantung kepada silibus dan kaedah pengajaran oleh tenagapengajar. Setiap tenaga pengajar juga mempunyai pendekatan berbezamengikut inisiatif mereka untuk memberi penjelasan terhadap topik atau babyang diajar. Namun begitu, terdapat juga pelbagai bahan sumber pendidikantermasuk kemudahan maklumat dari sumber elektronik dapat meningkatkanpencapaian akademik pelajar (Ismail Zain, 2002).Hampir 50% dari setiap jenis sekolah tidak pernah menggunakankomputer dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Ini terbuktibahawa, guru masih lagi ketinggalan dalam dunia teknologi. Mengikut Mayer (2001, 2003) menyatakan bahawa pembelajaran multimedia merupakan bahanmenggunakan perkataan dan gambar yang direka bentuk bagi menghasilkanpembelajaran bermakna. Sepatutnya guru mempelbagaikan gaya pengajaranmereka dengan menggunakan ATPM yang berteknologi dan terkini dan bukanhanya menggunakan kaedah konvensional. Dalam era globalisasi ini, guru perluberani menggunakan ATPM yang berasaskan teknologi. Ini ditegaskan olehBaharudin (2000), menyatakan bahawa visual grafik dan animasi dapatmempelbagaikan kaedah dan cara penyampaian oleh guru atau tenagapengajar.

                                  


Dapatan dalam kajian ini juga menyatakan bahawa umur juga memainkanperanan dalam penggunaan ATPM bagi pengajaran dan pembelajaran. Didapatiguru berumur antara 25 ke 35 tahun lebih aktif menggunakan ATPM berbandingdengan guru yang baru keluar dari maktab atau universiti. Keadaan ini berlakumungkin disebabkan oleh semangat serta kudrat untuk mencurahkan ilmukepada pelajar yang ada pada diri seseorang guru itu. Guru yang baru mulamengajar didapati lebih aktif menggunakan ATPM dari guru yang berumur lebihdari 35 tahun. Ini juga merupakan senario dalam dunia pendidikan di negara kita,di mana guru yang telah lama mengajar kurang menggunakan Alat TeknologiPendidikan. Mungkin ia disebabkan oleh komitmen terhadap perkara lainbertambah serta semangat untuk mengajar dengan menggunakan Alat Teknologi Pendidikan kian pudar dalam diri mereka. Bukan itu saja, tahap kecelikan dalambidang IT juga merupakan faktor yang menghalang penggunaan Alat TeknologiPengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang telah lanjutusianya kurang berminat dalam perkara atau alat yang berkaitan denganteknologi. Di sini, kita dapat lihat faktor umur memainkan peranan dalampenggunaan ATPM.Kekurangan alat ATPM di pusat sumber dan latihan kepada guru jugamungkin menjadi salah satu punca guru-guru kurang menggunakan ATPMmoden yang mungkin wujud di pusat sumber.

 Mereka kurang mendapat latihandaripada pihak yang berkuasa dan merasa ragu-ragu untuk mempelajari darirakan sekerja ditakuti akan merosakkan alatan ATPM yang canggih itu. Keadaanini mungkin disebabkan sistem pengendalian bilik sumber tidak membenarkanguru dapat menggunakan bilik sumber dengan bebas. Mereka terikat denganbeberapa peraturan yang menyekat kebebasan mereka menggunakan biliksumber yang sepatutnya dapat membantu guru dalam menyediakan alat bantumengajar. Menurut Zol (2001), ketiadaan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM)merupakan punca pelajar selalu menghadapi masalah yang serius untukmemahami sesuatu konsep pembelajaran.



KESIMPULAN

Melalui kesimpulan dan perbincangan yang telah dilakukan menerusikajian ini, didapati bahawa masih mengutamakan penggunaan ATPMkonvensional daripada yang moden. Kajian ini juga mendapati bahawaperatusan guru yang tidak pernah menggunakan komputer dalam P&P adalahlebih tinggi daripada mereka yang menggunakan komputer dalam era IT masakini. Dari sini dapat disimpulkan bahawa guru masih lagi kurang menggunakanATPM secara keseluruhan iaitu menggabungkan kaedah konvensional dengankaedah yang terkini untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

 Pendekatan pembelajaran yang berkesan mengikut minat dankeinginan pelajar adalah perlu dibangunkan supaya pelajar seronok dengan apayang mereka belajar dan sekali gus akan meningkatkan pencapaian pelajar (EeAh Meng, 1999).Sebagai kesimpulannya, penggunaan Alat Teknologi Pengajaranmemainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Pemilihan Alat Teknologi Pengajaran dalam proses pengajarandan pembelajaran dengan tepat memainkan peranan yang penting dalamkeberkesanan sesuatu pembelajaran. Guru perlu mempunyai pengetahuandalam mengenalpasti Alat Teknologi Pengajaran yang perlu digunakan untukproses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kemahiran mengendalikanAlat Teknologi Pengajaran perlu ada pada setiap guru tidak mengira umur, jantina, jenis sekolah yang diajar dan pengalaman mengajar kerana iamerupakan aspek yang penting untuk meningkatkan mutu pengajaran danpembelajaran serta pendidikan di negara kita.


RUJUKAN
Baharuddin Aris, Manimegalai Subramaniam & Rio Sumami Shariffudin (2001).Reka bentuk Perisian Multimedia. Muapakat Jaya Percitakan Sdn. Bhd.Blondin, M.A. (1966 ).

 A Study to Determine Some of the Different To the Use of New Educational Media among Secondary and Elementary Principal and Teachers. Unpublished M.A thesis. University ateneo De ManilaDick ,W. & Reiser, R.A. (1989).

Planning Efective Instruction. Prentice-Hall.Ee Ah Meng (1999).Psikologi Pendidikan I: Psikologi Perkembangan.  PenerbitFajar Bakti Sdn. Bhd



No comments:

Post a Comment