Pages

Saturday 15 June 2013

Abad ke-21 sememangnya sinonim dengan era digital. Letusan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan kepentingan abad-21 semakin diberi penekanan pada masa kini. Guru merupakan tunjang utama dalam mempratikkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta menyebarkan pengetahuan tersebut kepada pelajar. Penggunaan teknologi pendidikan seharusnya menjadi sebahagian daripada pedagogi program pendidikan guru di zaman kini. 

DALAM tempoh dua dekad, transformasi teknologi komunikasi beransur-ansur menenggelamkan komunikasi tradisional. Sebagai contoh, jika dahulu surat menghubungkan banyak pihak hari ini ramai yang beralih kepada e-mel atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) melalui telefon bimbit dan Internet.
Kecanggihan teknologi tersebut bukan sahaja diaplikasi untuk tujuan komunikasi malah turut diserapkan dalam bidang pendidikan.
Dengan teknologi ini, anak-anak tidak lagi perlu membawa beg berat yang sarat dengan pelbagai buku teks dan buku latihan ke sekolah.
iPad misalnya, sudah mengambil alih peranan buku teks dan buku nota di beberapa buah sekolah di Asia.
Baru-baru ini, para pelajar di Singapura menggunakan iPad ketika mengikuti kelas seni bahasa di Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang.
Transformasi ini menyebabkan kehidupan persekolahan lebih ribuan pelajar di Asia menjadi lebih mudah kerana tidak perlu membawa muatan yang berat ke sekolah.
Pada masa akan datang, pelajar hanya membaca melalui komputer tablet.





Komputer tablet berbentuk kepingan kaca mudah dimasukkan ke dalam beg. Ia juga mampu menyimpan ribuan buku teks yang membuatkan para pelajar tidak lagi perlu menyandang beg sekolah yang berat dengan buku, pen dan buku catatan.
Tidak keterlaluan jika menggelarkan iPad sebagai peranti magik kerana mempunyai kemampuan melayari internet, menghantar dan membaca e-mel, melihat foto, video, mendengar lagu, membaca e-buku, bermain permainan dan pelbagai lagi.
“Saya suka iPad kerana ia mudah dibawa ke mana-mana dan kami tidak perlu membawa banyak beg dan fail ke hulu dan ke hilir,” kata Nicole Ong, 13, yang kini menulis nota yang diberikan guru pada iPad di Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang, Singapura.

Seramai 120 pelajar dan 16 guru di sekolah tersebut diberikan iPad sebagai kumpulan sampel dengan kos lebih RM245,780. Dijangkakan pada tahun 2013, semua pelajar di sekolah tersebut memiliki komputer tablet setiap seorang.

Norseanti Binti M.Amin HB120116

No comments:

Post a Comment