Pages

Saturday 15 June 2013


TELESIDANG VIDEO DALAM PENDIDIKAN

Abad ke-21 sememangnya sinonim dengan era digital. Letusan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan kepentingan abad-21 semakin diberi penekanan pada masa kini. Guru merupakan tunjang utama dalam mempratikkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta menyebarkan pengetahuan tersebut kepada pelajar. Penggunaan teknologi pendidikan seharusnya menjadi sebahagian daripada pedagogi program pendidikan guru di zaman kini. 




Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak. Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan. Selain daripada itu ua berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu. 

Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, pendekatan persidangan, pembentangan, kajian, viva, temuduga dan jjuga bimbingan kaunseling.



Pelaksanaan telesidang ni memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunkan bahan sokongan media ini. Telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi.



Norseanti Binti M.Amin HB120116

No comments:

Post a Comment