Pages

Saturday 22 June 2013

Transparensi dan pelbagai teknik dalam penghasilannya untuk pengajaran dan pembelajaran .

Transparensi dan pelbagai teknik dalam penghasilannya untuk pengajaran dan pembelajaran .

                              ~  bersama saya Norasyikin Binti Omar (HB120047)..........................

~Transparensi  adalah antara bahan yang digunakan dalam pengajaran di Malaysia. Bahan ini digunakan bersama Projektor Overhed (OHP).

Antara perkakasan yang digunakan untuk menghasilkan transparensi adalah seperti Transparensi Maker/Thermofax, Photostate Machine dan Printer.

Antara peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan tulisan pada transparensi ialah:

  • Filem transparensi seperti plastik, Transparensi White On (Asetat, PVC), Thermal (Black on clear background, Black on colour background, Colour on clear background, Reverse Image,Assorted colour on clear), PPC (Filem elektrostatik untuk mesin pendua, PPC (Plain Paper Copier), Filem Adhershif (Self Adhershif Colour Film)
  • Pen Transparensi sama ada jenis kekal atau jenis larut.
  • Pemadam seperti kain, tisu lembap untuk penb jenis larut, pen pelarut kimia (solvent marker) atau getah pemadam khas untuk dakwat jenis kekal.
  • Alat-alat grafik, reka bentuk visual dan layout ( Bentuk, ruang, garisan, tekstur, warna dan lain-lain.), kaedah penghurufan ( Huruf pindah kering, stensil, huruf potong, pencetak dan sebagainya)
Teknik-teknik Penghasilan Transparensi


~Tulis Terus / Write On
Ditulis atau dilukis menggunakan tangan, atau mesin secara terus di mesin transparensi.

~Bertingkap
Mempunyai beberapa tingkap yang menutupi bahagian-bahagian tertentu pada permukaan transparensi, tingkap akan digunakan satu persatu apabila digunakan, dan untuk memaparkan imej atau isi.


Rajah 1 : Teknik bertingkap

~Berjalur
Mempunyai beberapa jalur samada menegak atau melintang, dibuka satu hala sahaja, dan terdapat 3 hingga 4 jalur sahaja dalam 1 transparensi.

~Bertindih / Berlapis
Terdiri daripada filem dasar yang diletakkan terus pada 1 bingkai tetap dan beberapa filem tambahan yang diletakkan di bahagian tepi bingkai mengikut urutan jam.


Rajah 2 : Teknik Bertindih / Berlapis 

~Pusingan
Sebagai pendedahan berperingkat atau bahagian demi bahagian bagi memperlihatkan apa yang diperlukan sahaja. Boleh secara penutup sisipan (menegak, mendatar, berpenjuru atau penutup bulat). Penutup bulat boleh dibuat dengan memasang eyelet atau pin di tengah-tengah.


Rajah 3 : Teknik Pusingan

~Animasi

Mengunakan kepingan-kepingan plastik polarising dilekatkan di bahagian tertentu pada imej yang ada pada bahagian transparensi. Semasa digunakan satu alat polariser diletakkan pada kanta unjur OHP. Imej akan kelihatan bergerak apabila imej ditarik atau digerakkan.



Rajah 4 : Teknik Animasi


Jenis Transparensi berasaskan lutsinar

Tulis terus ( write-on)
diperbuat daripada asetat dan polyester, mempunyai tiga peringkat ketebalan iaitu 0.08mm, 0.1mm, dan 0.12mm. Untuk Kegunaan am, gunakan ketebalan 0.1mm. Gunakan pena berasaskan air atau pena berasaskan spirit.

Fotokopi
Diproses dengan menggunakan mesin fotostat, bahan dasar diletakkan di atas cermin dan transparensi dimasukkan ke dalam dulang kertas seperti membuat fotostat dan gambar warna atau hitam boleh dipindahkan tetapi gambar berwarna boleh menjadi hitam putih.

Penerangan tambahan tentang penyediaan transparensi yang pelbagai.

Ink Jet Film
Boleh digunakan terus dengan dengan pencetak berasaskan ink jet seperti Canon dan Epson. Bahan dasar boleh disediakan dengan menggunakan komputer dan arahan menyalin seperti mana membuat penyalin di atas kertas.

Thermal ( Infra Merah)
Diproses dengan mesin Transparensi Maker. 
Mempunyai pelbagai latar dan warna.
Bahan dasar berasaskan karbon seperti keratan akhbar, bahan fotokopi berasaskan debu, dan bahan bercetak daripada laser print berasaskan debu.

Teknik Bercerita dengan CD/DVD
Teknik ini agak susah . Kelebihan teknik ini, transparensi mungkin menggabungkan dengan teknik berlapis, animasi dan sebagainya serta menggunakan audio beserta narasi, muzik dan efek bunyi. Transparensi dibuka atau ditukar satu-satu mengikut audio. Skrip perlu disediakan dengan garis panduan penggunaan.





Rajah 5 : Teknik Bercerita dengan CD/ DVD

Posted by : Norasyikin Binti Omar ( HB120047)






1 comment: