Pages

Friday 14 June 2013

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI INTERNET PADA MASA KINI



KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI INTERNET PADA MASA KINI
(coretan :Mohd Nur Hafiz B Fauzi)

Bismiilahirahmanirahim Dengan Nama Allah Yang Maha Permurah Lagi Maha Penyayang,

Apakah kebaikan internet? Pengguna internet seakan-akan telah menjadi sebahagian daripada aktiviti harian kepada kehidupan manusia yang hidup pada zaman ICT kini.
Internet yang dibangunkan dengan kegunaan asasnya, iaitu perkosongsian menjadikan internet ini pesat menjadi keperluan manusia zaman kini yang menginginkan kepantasan dalam komunikasi.


Internet banyak memberi manfaat kepada belia terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan . Internet banyak memberikan manfaat kepada belia terutama pelajar di institusi pengajian tinggi. Internet membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Internet hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan . 





Masyarakat juga tidak terlepas dari merasai bahang internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas sama ada berita liputan di dalam atau di luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti Piala Dunia mahupun berita panas seperti penggunaan kalimah Allah dan pengeboman gereja. Masyarakat berilmu dapat diwujudkan dengan adanya Internet. Melaluinya, ungkapan “katak dibawah tempurung” tidak timbul lagi. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari untuk mendapatkan maklumat terkini dalam semua bidang. Peristiwa yang berlaku di mana-mana sahaja dapat kita ikuti dengan serta-merta. Hal ini membolehkan kita membina satu masyarakat yang berilmu.


Internet banyak membantu dunia perniagaan. Pengusaha dapat mengiklankan perkhidmatan atau barang dalam ruang siber dan mendapat pulangan daripadanya. Contoh, RTM-Net mendapat 90,000 pelanggan manakala Utusan Malaysia Online memikat setengah juta pengguna.Melaluinya, pasaran global dapat dicapai secara terus. Perbankan, urus niaga saham, penerbitan, dan pengiklanan juga dijalankan melalui Internet. Urus niaga jual beli dapat dijalankan serentak dengan berbekalkan nombor kad kredit yang sah. Pelaburan antarabangsa dapat
Berkembang  pesat.


Pada pandangan kami internet memberikan sumbangan yang sangat besar dalambidang pendidikan. Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek.

Bagaimana pula dengan pandangan anda dalam penggunaan e-mel?
Pada pandangan kami, E-mel pula berkesan dalam komunikasi pelbagai hala. Kemajuan ini telah mendekatkan hubungan sesama negara dan manusia. Penggunaan teknologi digital optik fiber menggantikan filem dan video. E-mel ibarat pejabat pos, manakala jaringan telekomunikasi berupa posmen. Surat-menyurat dan maklumat dapat dihantar ke seluruh pelusuk dunia dalam sekelip mata sahaja asalkan mempunyai sambungan Internet. Perhubungan antara manusia telah dipermudah dan dipercepat lagi . 
KEBURUKAN INTERNET

Adakah anda tahu disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat pada internet mempunyai beberapa kelemahan atau keburukannya. Kewujudan serta peningkatan kafe siber yang menyediakan kemudahan melayari internet telah memberi peluang kepada masyarakat terutamanya belia yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah, menggunakan perkhidmatan di kafe siber. Namun begitu, perkembangan yang dilihat sebagai positif ini tidak dimanfaat sepenuhnya oleh segolongan belia. Impaknya, timbul fenomena yang negatif seperti melepak di kalangan belia pada
masa kini.



Penyalahgunaan perkhidmatan yang diberikan oleh pemilik kafe siber dengan menjadikan kafe siber sebagai salah satu tempat berkumpul dan melepak bagi belia dan ini boleh menimbulkan masalah-masalah sosial lain. Selain itu, kebanyakan belia juga tidak memanfaatkan kafe siber ini dengan sebaiknya. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan bersembang kosong di internet, melayari laman web yang tidak sesuai dan sebagainya daripada mempelajari teknologi serta
menimba pengetahuan.




Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Belia yang mahir dalam komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasuki sistem komputer itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem komputer.

Ketagihan Internet juga dapat mengubah kehidupan dan peribadi seseorang belia. Kita tidak perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Belia yang dilanda “demam” Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja dan akan memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau dalam belukar, melepas kan pucuk masing-masing. Oleh itu, Internet merenggangkan hubungan sesama manusia. Adakah penggunaan Internet kepada belia banyak membawa kebaikan daripada keburukan?

Fikir-fikirkanlah......

                                                                 mohd nur hafiz b fauzi hb120019

2 comments:

  1. Internet ada kebaikan dan keburukannya. Bergantung pada bagaimana memanfaatkan internet :)

    jemput singgah blogwalking www.bondasihat.com

    ReplyDelete